Wednesday, November 18, 2009

ZAHID IBRAHIM USAHLAH BERSANDIWARA

Zahid Ibrahim mula menjawab isu kepimpinan Pakatan Rakyat, Malangnya jawapan Zahid tidak menepati perkara pokok masalah yang diciptanya. Persoalan mengapa harus idea melantik Tuan Guru dilontarkan disidang media masih tidak terjawab.



Zahid menulis diblognya tidak lebih dari sekadar mengundang simpati semata-mata. Apakah salah aku jika menanggap perilaku Zahid waktu ini tidak ubah seperti agen UMNO? Rujuk telatahnya sewaktu isu Sabah beberapa minggu yang lalu, Zahid behitu bersemangat mengadu pada wartawan kononnya dia dianak tirikan oleh Anwar. Sebenarnya Zahid begitu gelojoh dalam mendepani senario Sabah. Gila publisiti adalah istilah tepat buat Zahid Ibrahim!



Azmin berhempas pulas menyatukan serta memperkukuhkan jentera Sabah, dengan ketegasan serta menggunakan pemgalaman politiknya telah berupaya merungkai beberapa masalah disana. Jefry yang dikatakan kononya punya pengaruh, rupa-rupanya perkara itu hanyalah propaganda sahaja.Hal ini dibuktikan dengan penolakkan sebahagian besar ahli Cabangnya sendiri. Nah! secara tiba-tiba Zahid muncul dengan lagak heronya untuk menjadi penyelamat. Masalahnya ialah, Zahid mahu menyelamatkan siapa?



Apakah Jefry Kitingan yang mahu diselamatkan oleh Zahid? atau Zahid sememangnya punya agenda peribadi dalam isu ini? Tidaklah aku mahu menidakkan keupayaan Zahid, apatahlagi latar belakang pendidikannya yang begitu tinggi. Cumanya mengapa Zahid gemar mencetuskan kontoversi? dimana adabnya selaku ahli pasukan?

Kepada Zahid Ibrahim usahlah bermain sandiwara, Jika niat kamu untuk meruntuhkan PKR...sememangnya kamu sedang bermain dengan api!

No comments:

Post a Comment