Tuesday, December 29, 2009

Rahman Yusoff: harapan baru PKR Terengganu!

PKR Terengganu terus rancak setelah lama dirundung sepi. Kerancakkan ini dipacu oleh Pengerusi Perhubungannya yang baru yakni Sdr Rahman Yusoff.Sesuai dengan sifatnya yang selama ini terdidik sejak zaman pelajar lagi, Rahman telah memberi nafas baru dengan menggerakkan aktiviti PKR terengganu bermula dari Kemaman.

Sikapnya yang sederhana dan punya daya kreatif serta bersifat terbuka menjadikan Rahman mudah didekati. Atas kesungguhan yang dipamerkan, maka DSAI bukan sahaja memberi amanah meneraju PKR Terengganu, malah beliau juga diangkat selaku pegawai khas di pejabat Ketua Umum tersebut.

Saya yakin dengan kepimpinan Rahman, PKR Terengganu bakal kukuh di Negeri Darul Iman kali ini. Inilah contoh pemimpin yang mampu memimpin, bukan seperti yang lain, kelihatan kebanyakkan dari mereka masih dipimpin.

Oleh itu, belajarlah dari Sdr Rahman Yusoff, teladanilah kesungguhan beliau!

No comments:

Post a Comment