Sunday, November 15, 2009

PENGORBANAN? ZAHID IBRAHIM YANG PERLU BERKORBAN.

Kenyataan ZAHID IBRAHIM berhubung siapa yang sepatutnya bakal menerajui Pakatan Rakyat menjelang penubuhannya sekitar hujung tahun ini, aku merasakan ianya adalah suatu tindakan BIADAP yang datang dari seorang yang punya pelajaran!

Bagi rakyat bawahan yang mendukung perjuangan gagasan Paktan Rakyat, aku sudah tentu sekali akan menurut siapa sahaja yang mengetuai Pakatan ini. Tetapi ianya harus dicadang dan dipersetujui oleh sebuah badan tertinggi Pakatan Rakyat. Makanya keputusan tersebut sudah tentulah mengambil kira semua aspek dan kepentingan dalam membawa agenda perjuangan rakyat.

Malangnya, kondisi sedemikian tidak berlaku samasekali!! Aku agak kebingungan, mana mungkin ZAHID IBRAHIM yang seorang tokoh bisa membuat kenyataan sedemikian. Apakah sudah tiada ruang didalam Pakatan Rakyat?? Mengapa tidak dicadangkan sahaja perkara itu dalam mesyuarat?? atau mungkin sahaja ZAHID keliru dengan posisinya detik ini?

Menyentuh soal pengorbanan, ZAHID menyatakan ANWAR harus berkorban itu juga sudah melampau!!!!! Barangkali ZAHID nyanyuk atau punya agenda peribadi dalam soal ini. ANWAR sudah sekian lamanya BERKORBAN demi memastikan kejayaan pakatan pembangkang diMalaysia. Tempoh 6 tahun dibelenggu di sebuah kerawang berkasi serta ditambah dengan pukulan yang hampir sahaja membolehkan ANWAR maut, pastinya sukar untuk dilakukan oleh sesiapapun.

Sewajarnya ZAHID yang punya pengalaman dalam pentadbiran dan ditambah dengan kebijakkan dalam pelajaran sudah tentu bisa memahami kondisinya detik waktu ini. Pergorbanan ZAHID untuk tidak membuat kenyataan - kenyataan diluar amatlah dihargai. Pohon ZAHID belajar beradab tatkala berada didalam jemaah, dan harap ZAHID tolonglah berkorban dengan membuang sikapnya yang gemar sembrono , pengorbanan ZAHID mengenepikan tabiat BURUKNYA itu juga suatu penghargaan kepada semua MARHAEN yang menyokong gerakkan perubahan kearah pembaharuan ini.

Jika ZAHID gagal mengorbankan kesemua sikap dan tabiat hodohnya itu, Makanya amatlah wajar ZAHID berkorban dengan keluar terus dari GAGASAN PAKATAN RAKYAT ini.

No comments:

Post a Comment